Thursday, September 3, 2009

What you give, YOU GET BACK!

Wahai ikhwah yang dimuliakan... kethuilah bahawa kalau kita layan orang dengan baik, orang juga akan layan kita dengan baik. Al-Insan abdul ihsan, manusia adalah hamba kepada kebaikan.

Dalam menyampaikan kebenaran, yang lebih penting dari pada isi kandungan kebenaran itu, adalah bagaimana ia disampaikan. Kerana, apabila kebenaran disampaikan dengan cara yang salah, bukan sahaja akan ditolak, malah dimusuhi dan diperangi oleh orang yang menerimanya.

Seorang manusia takkan pernah menjadi sempurna. Seorang manusia pasti penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Seorang manusia, seandainya dicari-cari kelemahan dan kekurangannya, pasti akan ditemui.

Seandainya seorang da'ie bersikap mencari-cari kelemahan dan kekurangan orang lain, maka dia hanya akan membawa manusia kepada kehancuran. Sekiranya seorang dai'e melayan orang lain seperti sampah, dia juga akan dilayan seperti sampah kembali. Sekiranya seorang da'ie melayan seseorang seperti buah catur, dia juga akan di layan kembali seperti buah catur.

Perhatikan sikap semulajadi manusia apabila dia berhadapan dengan bayi, dia akan bersikap seperti bayi untuk berkomunikasi dengan bayi. Begitu juga sikap seseorang apabila berhadapan dengan anak-anak kecil, akan masuk ke dalam dunia anak kecil untuk merapati mereka.

Sekiranya anda menutup mulut anda dari menceritakan keburukan seseorang, seperti itulah keaiban anda akan ditutup oleh orang lain.

Ya akhil karim... anda adalah seorang da'ie... bertindaklah seperti seorang dai'e...

Wahai saudaraku yang dimuliakan... bukan kerja kita mencari kelemahan orang lain... bukan kerja kita mencaci kelemahan orang lain... kerja kita adalah berbaik sangka... memuji kebaikan yang ada pada dirinya... membesarkan hati, bukan menutup pintu kebaikan...

Kalau anda temukan kelemahan pada diri seseorang, ketahuilah anda juga seorang yang lemah...

Kalau anda sanggup menzalimi seseorang atas alasan apa pun... ketahuilah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah SWT... dan percayalah anda akan dizalimi... you'll get back...

Kalau anda memulaukan seseorang... ketahuilah anda juga akan merasa dipulaukan... Allah itu maha adil.. Allah itu sangat adil...

Hadapilah dengan berani segala kelemahan dan kekurangan diri sendiri... akuilah kelemahan itu... tak perlu berselindung dan menyalahkan sesiapa dia atas apa yang terjadi...

Tidak ada siapapun yang sempurna... tidak ada siapapun yang lepas dari kesilapan dan kelemahan... ketahuilah tiada seorang pun yang berkecuali...

Anda memburukkan seseorang hari ini... esok anda akan diburukkan oleh orang pula...

Semua hamba Allah itu selamat... selagi mana keaiban dirinya tidak dia hebohkan kepada manusia... dan cara paling cepat untuk menghebahkan kekurangan diri sendiri adalah apabila anda menghebahkan kekurangan orang lain... kerana orang yang selalu mengutuk orang lain, adalah orang yang akan dikutuk juga...

What you give, you'll get BACK!

Memang susah nak mengakui kelemahan diri sendiri... malah ia boleh menarik kita kepada perasaan sudah sempurna... semua orang lain yang bersalah.. aku seorang sahaja yang bebas dari kesalahan... semua orang lain bodoh.. aku seorang sahaja yang pandai... semua keburukan yang berlaku adalah salah mereka sendiri... aku langsung tidak bersalah dan tidak akan bersalah dalam apa-apa hal sekalipun...

What you give, YOU GET BACK!

Ketahuilah... kalau begitulah sikap anda kepada orang lain, begitu jugalah perasaan orang lain terhadap anda... apa sahaja yang berlaku semua orang lain tujukan kepada anda... setiap kelemahan, setiap kesilapan, setiap benda buruk yang berlaku, sekecil mana pun dia, semuanya orang lain akan menunding jari kepada anda...

Kerana itulah sikap anda kepada orang lain...

Benci akan dibalas kebencian dan cinta itu buahnya adalah kecintaan.... kekerasan buahnya adalah kekerasan, dan berlembut itu buahnya adalah kelembutan...

Tidaklah al-Hilm itu ada pada sesuatu kecuali akan memperindahkan sesuatu itu, dan tidaklah al-Hilm itu hilang dari sesuatu kecuali akan buruklah sesuatu itu...

What you give, YOU GET BACK!

PS: Afwan kalau post ini berbunyi kurang lembut bahsanya... kerana ditulis dalam keadaan beremosi...

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Amal tanpa Ilmu

Ikhwah fillah…

Cuma satu nasihat buat diri ana dan antum semua.

Ilmu tanpa amal memang adalah sia-sia. Akan tetapi yang jauh lebih bahaya adalah beramal tanpa ilmu. Kerana bahaya berilmu tanpa amal cuma terhenti pada diri sendiri akan tetapi beramal tanpa ilmu akan membahayakan seluruh ummat manusia. Boleh jadi dia menyangka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki sesuatu, akan tetapi yang sebenarnya berlaku adalah dia sedang merosakkan binaan yang telah dibangunkan oleh orang lain.

Ibarat seorang tukang buat rumah tua yang tidak tahu perinsip engineering dalam membuat rumah, dia cuma mempunyai pengalaman yang banyak dalam membuat rumah. Apabila dia dipanggil dan diupah untuk membuat sebuah rumah modern bersama-sama dengan sekumpulan pembuat rumah yang lainnya, dia tidak tahu membaca pelan. Lalu dia membuat rumah tadi cuma berdasarkan pengalamannya sendiri kerana merasakan yang dia telah membuat rumah bertahun-tahun tanpa perlu mengetahui cara membaca pelan. Sedang orang ramai membina rumah mengikut pelan yang diberi, dia cuma mengagak-agak sahaja. Bagaimana agaknya hasil rumah itu nanti?

Ibarat juga seorang yang cuba membaiki kereta dengan kaedah cuba-cuba. Sedangkan dia langsung tidak tahu cara membaiki kereta yang sebenarnya.

Jadi, marilah kita sama-sama jangan memandang rendah kepada keperluan ilmu pengetahuan. Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang sedang membawa kerosakan tetapi kita tidak menyedarinya. Terutama apabila antum sudah mulai naik menjadi pemimpin, dan antum akan ditanya tentang semua orang yang dibawah pimpinan antum. Ketahuilah beban seorang pemimpin itu tersangat berat. Janganlah akhirnya kita menjadi pemimpin yang sambil lewa terhadap orang yang kita pimpin, kerana kita menanggung semua orang yang kita pimpin.

Dibawah adalah tulisan adik ipar ana, (seorang pelajar di yaman dalam university al-iman(university ikhwanul muslimin)) tentang usul isyrin yang kedua:

Imam As-Syahid telah mengatakan : “Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabi-buta”

Sunnatullah telah menetapkan bahawa setiap rasul yang diutuskan kepada kaum-kaum tertentu adalah berdasarkan Lisan Qaum ( bahasa kaum ) tersebut, dan kitab yang diturunkan juga merupakan dari bahasa yg sama .
Firman Allah SWT :
(( وما أرسلنا من رسول إلا بلسان قومه ليبين لهم))
“ Dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun , kecuali dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka” (Surah Ibrahim :4)

Hakikatnya, Muhammad SAW diutuskan dan diwahyukan kepada-Nya Al-Qur’an dengan Lisan Arab sebagai rahmat untuk sekelian alam . Firman Allah SWT :
(( إنا أنزلناه قرآنا عربيا لعلكم تعقلون))
“ Sesungguhnya kami menurunkan-Nya berupa Qur’an berbahasa Arab agar kamu mengerti”
(Surah Yusuf : 2)

Oleh itu, Ummah Islamiyyah haruslah memahami Al-quran mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta, disini beberapa ilmu yang perlu bagi seseorang yang ingin menafsir Al-qur’an seperti :

- Ilmu Nahu & Sorof
- Ilmu Adab dan Balaghah
- Ulum Al-quran
- Ilmu Usuluddin dan Tauhid
- Ilmu Usul Fiqh
- Ilmu Hadith , Fiqh , & Sirah
- Ilmu Kemasyarakatan, Geografi dll .. ..

Sepertimana dikatakan oleh Imam Mufassir Al-Mujahid Syiekh Manna’ Qhattan :
( لا يحل لأحد يؤمن باالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالما بلغات العرب)
“ Tidak Halal, bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat , bercakap tentang Kitab Allah (Al-qur’an) sekiranya dia tidak mengetahui / mahir Bahasa Arab”
( مباحث في علوم القرآن للقطان)- -


Imam As-Syathibi berkata : “ .. Berkata sesuatu tentang Al-quran dan Sunnah tanpa ilmu merupakan Takalluf ( memberat-beratkan/ sukar & tidak terdaya) dan kita telah dilarang daripada memberat-beratkan, dan termasuk dibawah makna hadith ini :

(( حتي إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا))
“ Sehingga tiada lagi Alim Ulama’, manusia akan mengambil/ melantik orang-orang yang jahil”

Kerana apabila tiada pada mereka Lisan Arabi (Bahasa Arab), mereka meruju’ kepada Al-quran dan Sunnah Nabi SAW dengan kefahaman mereka yang A’jami (Asing daripada bahasa Arab), dan akalnya hanya terhad atau terbatas pada berpegang pada dalil-dalil yang menyesatkan daripada kebenaran” ( Jami’ Al-Usul / Al-I’tishom)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya ,tidak digalakkan menafsir Al-quran dengan hanya pendapat-pendapat atau ijtihad dan tidak mengambil asas ilmu untuk menyandarkan pada-Nya, sepertimana Firman Allah :

(( ولا تقف ما ليس لك به العلم ))
“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.”

(( وأن تقولوا علي الله ما لا تعلمون ))
“ Dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui.”

Sabda Nabi SAW :

(( من قال في القران بغير علم فليتبوأ مقعده من النار))
“ Barang siapa yang berkata tentang Al-quran tanpa ilmu, maka bersedialah tempatnya di neraka” ( Riawayat Al-Baihaqy , hadith daripada Ibn Abbas Nabi SAW bersabda :

(( من قال في كتاب الله برأيه فأصاب فقد أخطأ))
“ Barang siapa yang berkata tentang Kitab Allah dengan pandangannya , kemudian betul, maka dia sebenarnya telah tersalah” ( Dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)


Sunnah:

*لا قرآن بغير السنة *
Imam As-Syahid berkata : “Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah”

Imam As-Syahid bukan sekadar menunjukkan kepada sumber yang sahih kepada hukum-hukum , bahkan beliau menunjukkan juga jalan yang ideal untuk memahami Al-qur’an dan Sunnah ,supaya setiap orang tidak mengambil atau meninggalkannya menurut hawa nafsunya tanpa dalil.
Beliau menjelaskan bahawa Sunnah difahami melalui perawi-perawi hadith yang Thiqah (dipercayai) . Merekalah manusia yang paling berkemampuan dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis atau tidak dalalahnya (hukum/maksud) serta makna-maknanya .
( نظرات في رسالة التعليم – محمد عبد الله الخطيب)
Perbezaan Al-quran dan Sunnah :

Al-qur’an ialah dalil qat’ie thubut , diambil secara Mutawatir Yakiiny , manakala Sunnah pula , hadith yang paling sedikit ialah hadith Mutawatir , dan kebanyakannya pula, thabit dengan hadith-hadith Ahad .
Al-qur’an lafaz & makna-Nya daripada Allah, manakala Sunnah pula lafaznya dari Nabi SAW dan maknanya dari Allah SWT.

Al-quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi SAW, dan Sunnah pula melalui ilham, mimpi benar (Ru’ya Sadiqah), dan daripada-Nya ada yang di thabitkan dengan ijtihad Nabi SAW daripada apa yang Allah tetapkan kepadanya (Wahy Al-Bathin) .
-( مدخل لمعرفة الإسلام – د.يوسف القرضاوى ) -


Imam Ibn Hazm mengatakan : “ Bukan hanya sekadar Al-qur’an yang dijaga oleh Allah SWT, tetapi Allah juga menjaga Sunnah didalam hati-hati Rijal, sepertimana firman Allah SWT :
(( إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون))
“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Zikra (Al-qur’an) ,dan pasti kami memeliharanya.”(Surah Al-Hijr : 9)

“Zikra”(peringatan) disini bukanlah hanya bermaksud Al-qur’an , tetapi “Zikra” ialah Al-qur’an dan Sunnah berdalilkan Firman Allah SWT :
((لتبين للناس ما نزل إليهم))
“ Agar engkau ( Nabi SAW ) menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.” ( Surah An-Nahl : 44)

Penerangan termasuk didalam peringatan, maka penjagaan Allah merangkumi Al-qur’an dan Sunnah.” -( الإحكام في أصول الأحكام ،ابن حزم)-

Hadith-hadith sahih beserta perawi-perawi yang Thiqah (dipercayai) boleh didapati di dalam kitab-kitab hadith tersebut :

Sohih Bukhari
Sohih Muslim
Sunan atau Sohih Tarmizi
Sunan Abi Daud
Sunan Nasa’i
Sunan Ibnu Majah
Al-Mawatta’ Imam Malik
Musnad Imam Abi Hanifah
Musnad Imam As-Syafi’e
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal
Musnad Imam Ad-Daarami

Para fuqaha’ dan muhadiithin telah bersepakat bahawa Kitab Sohih Bukhari merupakan rujukan ke-2 selepas Al-qur’an dan Sohih Muslim selepasnya .

Kesimpulan :

Dalam usul ini menunjukkan kepada kebijaksanaan Imam As-Syahid dalam menyatukan hati-hati Ummah Islamiyyah iaitu dengan mengajak kepada dalil-dalil yang disepakati jumhur, iaitu Al-qur’an dan Sunnah, adapun dalil-dalil hukum yang lain seperti ijma’, qias , istihsan dan sebagainya merupakan khilaf di kalangan ulama’ dan ada satu golongan kecil tidak menerimanya.
Dalil-dalil hukum yang lain hanya diambil berdasarkan pada apa yang telah dithabitkan oleh Al-quran dan Sunnah .

Al-qur’an dan Sunnah merupakan dua sumber yang qat’ie dan ma’sum (terjaga daripada kesalahan) yang tiada perselisihan diantara keduanya bagi seorang muslim yang betul Islam-nya.
Tiada gunanya Al-Quran tanpa Sunnah .

( لا قرآن بغير السنة)
Tiada gunanya fiqh tanpa Sunnah, tiada gunanya Sunnah tanpa fiqh .

( لا فقه بغير السنة ، ولا سنة بغير الفقه)
Tiada pada Sunnah satu perkara pun yang terkeluar daripada Al-qur’an, ini kerana Sunnah menerangkan perkara yg Ijmaali (keseluruhan) dalam Al-quran , serta mengkhususkan ke-umuman ayat Al-qur’an serta Mentaq’yid (mengikat) ayat-ayat Al-qur’an yang Mut’laq .

Al-Quran menerangkan Qawaid (kaedah-kaedah), dan Sunnah pula mendetailkan hukum-hukum .
Ummah Islamiyyah hanya akan terselamat daripada kesesatan apabila mereka berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana sabda Nabi SAW :

(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه))
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”

****** ****** ****** ******* ******* ****** ****
Rujukan Asas :

(مدخل لمعرفة الإسلام) ـ د.يوسف القرضاوى
(في رحاب الأصول العشرين) ـ محمد سعيد مرسي
(فهم أصول الإسلام) ـ د.على عبد الحليم محمود
( نظرات في رسالة التعليم) ـ محمد عبد الله الخطيب
(فهم الإسلام في ظلال الأصول العشرين) ـ جمعة أمين عبد العزيز
( النهج المبين لشرح الأصول العشرين) ـ أ.د.عبد الله قاسم الوشلي
(Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’lim )


Read more...

Monday, March 9, 2009

Tutuplah Keaiban Saudaramu

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (24:19)

Ikhwahfillah rahimakumullah...

Allah amat murka kepada mereka yang menyebarkan keaiban di dalam masyarakat. Sehingga disebabkan mereka maka masyarakat menganggap kejahatan itu merupakan suatu yang biasa dan masyarakat merasa tidak aman daripada buah mulut orang lain. Kerana itulah Allah SWT mengharamkan mengumpat sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat berikut:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

Keaiban kadangkala dianggap suatu yang baik untuk dikongsi di atas banyak sebab, antaranya untuk melepaskan tekanan perasaan, untuk menimbulkan rasa insaf, sebagai pelajaran bagi orang lain, untuk menjadikan diri dipandang mulia, memberi alasan dan sebagainya. Atas apa alasan pun, membocorkan keaiban merupakan suatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang dilakukannya. Seandainya ia tidak mempunyai amal baik maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya." (HR Bukhari)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (HR Muslim)

Bahkan, keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. Rasulullah SAW bersabda:

"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Keburukan dan kelemahan seseorang yang disebar-sebarkan akan menimbulkan perpecahan dan sangka buruk di dalam masyarakat. Perasaan ukhuwwah akan hilang dan digantikan dengan perasaan benci-membenci dan saling menaruh perasaan dendam. Biasanya seseorang yang membuka keaiban diri kepada orang lain akan menggoda orang yang mendengar untuk membuka keaiban dirinya pula untuk memberi nasihat atau sekadar balasan perkongsian tadi. Kalau tidak pun orang yang mendengar akan mula berburuk sangka atau termotivasi untuk melakukan perbuatan yang sama.

Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan sperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad). Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang terangan maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu.

Dari Umar bin Khattab ra, katanya "Manusia pada zaman Rasulullah SAW berhukum dgn dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi, sekarang kamu kami hukum dengan menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerja mu. Barang siapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan, hanya tuhan yang menghitung yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun dia mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik. (HR Bukhari)

Bahkan barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat. Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutup oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim)

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhowi menulis di dalam bukunya Taubat bahawa seseorang yang melakukan dosa-dosa seperti zina, minum arak, dan sebagainya yang tidak melibatkan kezaliman terhadap orang lain, maka dia harus menyembunyikan kesalahannya itu. Tidak perlu diakui di hadapan pemerintah dan mintak untuk dihukum kerana Allah telah menutupi kesalahannya. Akan tetapi seandainya dia tetap ingin mengakui kesalahannya di hadapan pemerintah maka itu juga tidak mengapa.

Termasuklah di sini, seseorang yang menyaksikan perbuatan zina atau seumpamanya, sedangkan tidak cukup saksi. Maka seharusnya dia tidak melaporkan kejadian tersebut dan tetap merahsiakannya. Seandainya dia tetap melaporkan kejadian tersebut, maka dialah yang akan menerima hukuman 80 sebatan.

Prinsip ini jelas berbeza daripada teori kaunseling barat yang meminta orang yang di kaunseling untuk membuka seluas-luasnya seluruh cerita mengenai dirinya. Kita disuruh untuk memendam seluruh keaiban diri.

Persoalan timbul, bagaimanakah caranya untuk mencari jalan keluar dari sesuatu permasalahan seandainya masalah tidak dapat dikongsi. Jawapannya, mungkin soalan tadi dapat kita umumkan dan tidak kita kaitkan dengan mana-mana peribadi. Begitu juga dengan cara menegur, boleh menggunakan kaedah yang umum supaya keaiban pihak yang ditujukan teguran itu ditutup.

Mungkin ada yang masih berhujah, bagaimana kalau teguran secara umum tadi tidak berkesan? Perlu diingat, ada orang yang melakukan maksiat kerana dia tidak tahu, ada yang melakukannya kerana terlupa atau terlalai dan ada juga yang melakukannya disebabkan tidak tahan. Orang yang melakukan dosa disebabkan dia tidak mampu menahan godaan tadi, sedangkan dia tahu perbuatan itu merupakan dosa, dan dia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan keaibannya itu, maka dosanya adalah dengan Allah SWT dan hak dia adalah keaibannya itu dilindungi seandainya secara tidak sengaja terbongkar.

Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman." Orang bertanya, "Siapakah orang itu wahai Rasulullah?" Rasul menjawab, "Orang yang tidak aman jiran tetangganya kerana kejahatannya." (HR Bukhari)

Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan yang menyebabkan tetangga kita merasa tidak aman dari kejahatan kita. Bayangkan suasana tempat tinggal yang kita berasa tidak aman dari tersebarnya keaiban diri kita. Tentu tidak selesa bukan?

Bertapa indahnya sistem kemasyarakatan yang telah Allah SWT buat untuk kita. Dilarang menzalimi, dilarang mendedahkan keaiban diri sendiri dan orang lain, dilarang mencari-cari kesalahan, dilarang mengumpat, dianjurkan saling memberi hadiah, dianjurkan menyebarkan salam, disuruh mendoakan orang yang bersin, disuruh memberi salam dan pelbagai lagi sarana yang Allah SWT tunjukkan pada kita dalam rangka mewujudkan masyarakat saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi. Rasulullah SAW bersabda:

"Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan puluh sembilan dari padanya disimpan di sisi-Nya. Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke duna. Dengan kasih sayang itulah para makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak." (HR Bukhari)

"Siapa yang tidak mencintai tidak akan dicintai." (HR Bukhari)

"Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam kasih mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh akan ikut menderita tidak dapat tidur dan kepanasan." (HR Bukhari)

Benarlah firman-Nya:

"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)

Seandainya kita membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di langit dan di bumi sekalipun, tak akan pernah terjadinya penyatuan hati antara dua orang sekalipun. Akan tetapi dengan berpandukan sistem yang dia turunkan dan ajaran yang Da ajarkanlah, maka lahirlah suatu kaum yang tak pernah di kenal dan tak pernah terbayang oleh manusia lantaran terlalu dalamnya kecintaan di antara sesama mereka.

Mereka ibarat satu tubuh, tidak pernah terlintas untuk menyakiti tubuh yang lain. Tidak pernah terlintas untuk membiarkan tubuh yang lain. Tidak pernah menghina dan mencaci tubuh yang lain. Tidak pernah hilang kerjasama di antara mereka. Tidak pernah diam suatu anggota melihat anggota lain terzalimi. Begitulah kuat dan kukuhnya perhubungan di antara mereka.

Read more...

Sunday, March 1, 2009

Allah menyruhmu study

Akh, kita hanyalah hamba. berbuat kerna perintahNya, menyembahkan segala perbuatan untukNya...

Berdakwah kerna dirinya yang ESA bukan cuma untuk berseronok-seronok atau berbangga-bangga...

Beribadah kerna diriNya, bukan cuma tunduk dan bangun yang tidak membawa erti apa-apa...

Dan kini, Dia menyuruhmu untuk melakukan sesuatu yang kurang kau gemari, apakah kau sanggup melakukannya? Study lah akh, sebagai pembuktian cinta kita hanya pada Yang ESA...

Kini Allah menyuruhmu study, maka apakah jawapan yang layak diberi kepada Nya?

Read more...

Saturday, February 21, 2009

Peribadi al-Akh


Aku mampu membayangkan al-akh itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.

Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab.

Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad di atas jalannya.

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora di dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya

Hasan al-Banna

Read more...

Thursday, February 19, 2009

Biarkan seluruh dunia membenci, asalkan Allah SWT menyintai...

Biarkan seluruh dunia membenci, asalkan Allah SWT menyintai...

kalam ini bermain, menari-nari tanpa arah tujuannya...
tanpa tahu kemana akhir yang ditujui, cuma mengikuti gerak rasa dan perasaan irama...

kerna aku bukannya suatu hasil tulisan sang engineer, yang tersusun rapi menunggu perlaksanaannya...
yang sudah tahu tuju sebelum bermula...

kerna bukan jua aku suatu teori matematika, yang terhsil dari pembuktian berjela-jela seorang cerdik pandai yang sentiasa berjalan menurut peraturannya...

aku cuma mengikut gerak tari irama dan bunyi suasana...
cuma menari mengikuti ombak perjalanan yang entah akan membawaku ke mana....
cuma mengikuti perasaan yang terjalin dengan erti pumbuktian sekali sekala....
cuma mengikut apa sebenarnya?

tuhan...

aku makhlukmu yang hina...
tidak berjalan mengikut aturan pencipta seluruh jagat buana...

tuhan...

maafkan diriku yang bersikap sedehana...
entah bagaimanakah akan ku mampu berjalan mengikut kehendakMu wahai sang pengarah...

sedar aku dalam khilaf, berjalan aku tanpa sedar, terbuai dalam mimpi namun menganggap diri sedang dan telah berusaha semampu mungkin...

bodoh...

langkah ku sumbing, namun dada menongkah tinggi, bangga dengan pujian yang tiada nilaian sebenar...
itu cuma bisikan untuk malerikan tumpuanmu...
itu cuma bisikan yang akan membengkokkan langkahmu...

Wahai sang pelakon di pentas tuhan yang esa, kau perlu menumpukan pada permintaan sang pengarah, kerna bisikan selain Dia tak punya apa2 makna...
hati mu tak punya apa makna, tubuhmu tak punya apa makna, apa pun yang ada, semuanya sia-sia kecuali

Hakikat sebenar yang maha perkasa, maha agung, maha indah, dan maha segala-galanya yang mulia.... andai kau dapatkan dia dapat lah segala-galanya...

tapi hakikatnya, apakah diriku menuju Mu ya Allah?
apakah langkahku untukmu ya Allah?
apakah hatiku hanya untukMu ya Allah?

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

Andai Ku Tahu

Album : SurgaMu
Munsyid : Ungu
http://liriknasyid.com

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku


Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu

Read more...