Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Biarkan seluruh dunia membenci, asalkan Allah SWT menyintai...

Biarkan seluruh dunia membenci, asalkan Allah SWT menyintai...

kalam ini bermain, menari-nari tanpa arah tujuannya...
tanpa tahu kemana akhir yang ditujui, cuma mengikuti gerak rasa dan perasaan irama...

kerna aku bukannya suatu hasil tulisan sang engineer, yang tersusun rapi menunggu perlaksanaannya...
yang sudah tahu tuju sebelum bermula...

kerna bukan jua aku suatu teori matematika, yang terhsil dari pembuktian berjela-jela seorang cerdik pandai yang sentiasa berjalan menurut peraturannya...

aku cuma mengikut gerak tari irama dan bunyi suasana...
cuma menari mengikuti ombak perjalanan yang entah akan membawaku ke mana....
cuma mengikuti perasaan yang terjalin dengan erti pumbuktian sekali sekala....
cuma mengikut apa sebenarnya?

tuhan...

aku makhlukmu yang hina...
tidak berjalan mengikut aturan pencipta seluruh jagat buana...

tuhan...

maafkan diriku yang bersikap sedehana...
entah bagaimanakah akan ku mampu berjalan mengikut kehendakMu wahai sang pengarah...

sedar aku dalam khilaf, berjalan aku tanpa sedar, terbuai dalam mimpi namun menganggap diri sedang dan telah berusaha semampu mungkin...

bodoh...

langkah ku sumbing, namun dada menongkah tinggi, bangga dengan pujian yang tiada nilaian sebenar...
itu cuma bisikan untuk malerikan tumpuanmu...
itu cuma bisikan yang akan membengkokkan langkahmu...

Wahai sang pelakon di pentas tuhan yang esa, kau perlu menumpukan pada permintaan sang pengarah, kerna bisikan selain Dia tak punya apa2 makna...
hati mu tak punya apa makna, tubuhmu tak punya apa makna, apa pun yang ada, semuanya sia-sia kecuali

Hakikat sebenar yang maha perkasa, maha agung, maha indah, dan maha segala-galanya yang mulia.... andai kau dapatkan dia dapat lah segala-galanya...

tapi hakikatnya, apakah diriku menuju Mu ya Allah?
apakah langkahku untukmu ya Allah?
apakah hatiku hanya untukMu ya Allah?

Read more...

Tuesday, September 16, 2008

Buat yang tercinta...



Sabarlah wahai permata hatiku...

Janji Allah itu kan pasti...

Ujian Allah ditimpakan pada hamba-hamba yang dicintai...

Berkadar dengan kekuatan diri...

Kerna Allah ingin berada lebih dekat lagi dengan dirimu, sayangku...

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(2:186)

Sayangku, kita berbuat kerana yang maha mulia. Ukuran kemuliaan bukan pada keberjayaan kita di dunia, namun pada hati yang dekat dan tunduk pada-Nya... kerna berapa ramai para nabi dan aulia' yang dippendang hina?

Mereka berkata: "Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?" (26:111)

Hanya satu pesanku... jaga niat, kerna perbuatan yang baik, niatnya salah, akan dihitung dosa...

Namun perbuatan yang salah, niatnya baik, adalah kemaafan dan kasih sayang dari Pencipta...


"...Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (2:214)

Sabarlah dan ingatlah pertolongan Allah itu sangat dekat...

Sabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu wahai kekasih... kerna kita berkasih atas nama Yang Esa... atas nama Pemilik Segala-galanya...

Bidadari...

Semakin dekat dirimu dengan pencipta... moga semakin tinggi nilai cinta kita... dan untuk itu, kita diuji... untuk meningkatkan ikatan cinta kita berdua...

Agar dengan bangga, engkau dapat mengatakan, "Saksikanlah! di atas nama Cinta aku mengabdi diri, menyuci hati, menunduk pasrah padamu ilahi..."

Bukan atas nama kerjaya, bukan atas nama bangga, bukan atas nama siapa-siapa, tapi atas nama Cinta kepada yang Maha Pencinta...

"Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah...." (2:165)

Read more...

Saturday, September 13, 2008

Cinta itu indah...

Tulisan ini ditujukan pada kekasih hatiku... ratu dalam kalbu... bidadari yang menyinari seluruh hidupku...




Cinta... satu kalimah yang sangat indah...

Membayangkannya saja mengingatkan kita pada suatu keindahan yang tiada taranya...

Cinta...

Suatu kalimah yang mampu menggoncang dunia...

Ia mampu merubah seorang manusia biasa menjadi perkasa...

Dan mengubah seorang wira menjadi hina...

Suatu kekuatan dan kehinaan, ketenangan dan kegelisahan, kecantikan dan kehancuran...

"Cinta itu buta..."

"Cinta itu segala-galanya..."

"Cinta itu fitrah manusia..."

Menyintai dan dicintai adalah keperluan jiwa setiap manusia... menginginkan kehangatan rasa, ketenangan jiwa, sokongan dan dokongan perasaan yang bagaikan kaca...

Setiap orang memerlukan cinta, setiap orang menginginkan cinta, setiap yang bernama manusia terlalu dan selalu akan menyintai cinta...

Seorang kekasih akan selalu teringatkan kekasihnya...
Seorang kekasih akan selalu ingin bersama-sama...
Seorang kekasih akan selalu membelai dan bermanja...


Cinta lahir dari hati yang dahaga... menginginkan bahagia... merindui apa yang ada pada kekasihnya...

Dan yang namanya kekasih, dia amat memerlukan, tidak boleh tidak mesti mendapatkan kekasihnya... berkorban apa sahaja... kerna semua selain kekasih tak mempunyai erti apa-apa...

Cinta adalah perasaan suka, perasaan ketertarikan, dan perasaan dahaga...
Menyukai kekasihnya, sangat dan amat tertarik kepadanya, dan terlalu dahaga untuk terus mendapatkan keindahan bersamanya...

Cintanya seorang ibu kepada anaknya... adalah perasaan suka, tertarik dan dahagakan perasaan memiliki seorang anak, mengasuh anaknya tadi, membesarkan dan mendidiknya, dan mendapatkan kembali cinta dari anaknya yang termanifestasi pada setiap perbuatan dan tingkah laku anaknya...

Sang ibu menyintai anaknya kerana merindui perasaan mempunyai anak yang tertanam didalam fitrah dirinya...

Seorang suami menyintai isterinya... adalah perasaan suka, tertarik dan dahagakan perasaan kebahagiaan, keseronokan, ketenangan, dan apa jua perasaan yang dapat dia rasakan tatkala bersama dan memiliki isterinya...

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang..." (ali imran:14)

Lantas bagaimana seseorang dapat merasakan cinta kepada Yang Maha Perkasa, Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha bagi segala-gala yang baik dan mulia?

Sebagaimana makna perkataan "alhamdulillah" segala puji dan puja kembali kepada Allah yang Esa... kembalikan jugalah segala perasaan suka, tertarik, dan dahaga kita kepada pencipta yang sebenarnya memberikan kita perasaan itu tadi...

Dia yang memberikan kecantikan, kelembutan, keramahan kepada seorang wanita yang menyebabkan dia dicintai... dan di boleh menariknya bila-bila masa...

Dia yang memberikan kecomelan, kesucian, kelemahan, malah kehidupan kepada seorang bayi yang menyebabkan dia dicintai... dan Dia boleh menariknya bila-bila masa...

Dia yang memberikan kegagahan, rasa tanggung jawab, kesanggupan berkorban kepada seorang suami yang menyebabkan dia dicintai... dan Dia boleh menariknya bila-bila masa...

Dia yang memberikan hidayah, taqwa, dan istiqamah kepada seorang pejuang islam yang menyebabkan dia dicintai... dan Dia boleh menariknya bila-bila masa...

Andai anda mencintai sesuatu, anda sebenarnya sedang menyintai Allah secara tidak langsung... Hanya tinggal untuk mengambalikan cinta itu tadi kepada pemilik cinta yang sebenar-benarnya...

"Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah... " (al-Baqarah:165)

Katakanlah, Aku sangat memerlukanmu wahai pencipta... wahai yang maha mengasihi hamba-hambanya...

Read more...

Friday, September 12, 2008

Surat kepada seorang ikhwah...

wa'alaikumussalam warah matullahi wabarakaatuh...

Akh, bertapa jiwa ini amat merinduimu...

Akh, ketahuilah bahawa diri ini amat menyintaimu kerana dikau menyintai kekasih hati ku... Allah S.W.T...

Moga dirimu selalu di dalam rahmat dan kasih-Nya juga kerna cinta kepada yang Esa tidak membuahkan kecemburuan terhadap pencinta-Nya yang lain, bahkan membuahkan rasa cinta terhadap mereka yang turut sama menyintai-Nya.

Mudah2an diri ini menyintai-Mu kerana cinta-Nya engkau kepada Pencipta... (8:63)

Akh, sulit sekali untuk diriku ini menyatakan bahawa entah mengapa situasi dakwah di Malaysia ini penuh dengan onak dan duri yang meranjaui jalan sang pencinta kebenaran, sehingga kabur bagi kita akan apakah jalan terbaik dan cara terbaik melaksanakan dakwah kita sehingga cita2 tertinggi kita semua tercapai, hidup mulia atau syahid di jalan-Nya...


Akh, sehingga kini masih lagi aku berpegang pada kalimah bahawa aku akan terus tetap melaksanakan apa yang diriku yakini terbaik, dan aku akan menjauhi segala sifat mengikuti barang sesiapa pun kecuali Allah dan Rasul-Nya... kerna akh, tiada yang lebih mulia berbanding menjawab di hadapan yang Esa dengan tenang bahawa "ya allah aku telah bertakwa kepadamu semampu aku, aku telah beribadah kepadamu semampu aku, dan aku telah mengikuti sunnah rasulmu semampu aku..." dan dijawab oleh yang Esa "engkau benar..."... maka syurgalah yang menanti dan sang bidadaripun menyambutmu dengan girang hati...

Akh, bertakwalah kamu kepada allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah antum mati kecuali di dalam keimanan... janganlah antum mengikuti kata nafsumu mahupun nafsu orang lain...

Akh, janganlah seseorang dari kita memandang buruk sahabatnya kerna perbezaan pendapat dalam kaedah dan cara2 berdakwah, kerna barangsiapa yang berijtihad lalu salah, baginya satu pahala, dan andaikata dirinya benar, baginya dua...

Akh, inisiatifmu dan kecintaanmu terhadap kebenaran merupakan suatu yang kucemburui, langkahmu yang sentiasa memikirkan kebaikan buat semua, agak lambat bagiku mencontohi... barakallahulak ya akhi...

Sedang aku, kini masih lagi cuma mencari, ruang lingkup yang mampu kucapai dengan tanganku, sedang aku dalam ketakutan dan dalam bersembunyi dari fitnah yang akan datang tatkala terbukanya rahsia diriku ini...

Akh, ana insan lemah, sedang para sahabat sanggup berhadapan dengan keluarganya yang kafir, akan tetapi ana risau menghadapi ibubapa seorang da'ie... cuma pertimbangan awlawiyat yang sedang menghalangi diriku, apakah lebih baik bagiku untuk berterus terang dan berhadapan dengan tuduhan kesesatan, dan halangan dari melakukan kebaikan atau berdiam diri dan meneruskan lakonan seorang insan yang telah putus harapan dari jalan dakwah ini…

Maafkan ana ya akh, kerana sampai kini ana masih lagi percaya bahawa marhalah dakwah yang sebenarnya perlu kita lakukan kini adalah mencipta jundi yang sanggup berkorban harta dan jiwa demi menegakkan jalan ini, dan kami masih lagi berpegang pada perinsip ini sehingga timbul tuduhan2 songsang dari pihak2 yang sangsi dengan perjuangan kami…

Akh, dakwah itu memang milik semua manusia, akan tetapi kita perlu bijak menilai marhalah dakwah dan kesesuaian medannya. Akh, pada masa sekarang ini, kami berpendapat, kurang manfaatnya mempunyai ramai pengikut yang hanya ingin menumpang, tidak ingin menggerakkan dan bergerak bersama2 dengan dakwah ini. Kerna dakwah kini masih lagi di dalam peringkat membina asas tapaknya, sedang kecelaruan, pengkhianatan dan kezaliman telah pun berleluasa even di kalangan mereka yang mengaku berdakwah sekalipun…

Insya'allah, tika saatnya tiba nanti kita akan melihat manusia berbondong2 masuk ke dalam agama ini… insya'allah. Sedang kini kita masih memerlukan rijal yang kekuatannya melebihi 10 orang. (8:65)

Untuk mengubah suasana ini kita memerlukan rijal yang bukan sedikit, lantas itulah titik permulaan langkah kami dan masih lagi merupakan perinsip dakwah kami sekurang-kurangnya buat masa kini… dan akh, kami menghormati gerak langkah dan cara kerja antum, bahkan kami turut mencintai antum kerana Allah S.W.T. antum adalah orang yang berjuang demi agama ini…

Akh, berapa ramai orang yang berdakwah sebagai acara sambilan dan berdakwah bila ada masa lapang… dan berapa ramai yang mendakwa dah berdakwah dengan mengkut manhaj nabi, akan tetapi cuma banyak membuat program yang gah2… dan akh, satu lagi adalah gerak dakwah yang tidak tegas, pengarahan yang tidak terkawal dan teratur, pengisian yang cuma dapat didengari sedangkan tidak pernah dilihat, cita2 yang cuma sekadar penutup cerita tanpa isi kandungan dan klimaksnya…

Akh dalam perjalanan pasti ada halangan, andai kita takut, maka selamanya kita akan ketinggalan, akan tetapi seandainya kita cuba, kadang kala ianya cuma sekadar khayalan dan fatamorgana…

Insya'allah, andai waktu itu ana lapang (tidak mempunyai tugasan dakwah yang lebih penting) ana akan menghadirkan diri… atau andai ramai yang tidak bisa menghadiri apa salahnya kalau cuma kita berdua… terutama yang akhwat kerna ana seorang yang tidak berapa kuat menghadapi mereka…

Read more...