Bahagia dalam redhomu....
Baru balik dari follow up sekolah dan sebuah IPT...
Sambutan agak mengecewakan, mereka cuma sanggup memberi masa dalam 30 minit sahaja untuk bersama disebabkan beberapa alasan. Namun, bagi seorang mukmin apa pun yang ditakdirkan oleh Sang Maha Perkasa adalah suatu yang menggembirakan, kerna dia telah diganjari... Hanya amalan sahaja yang dilihat, hasilnya dikembalikan pada Sang Maha Perkasa...
Rasulullah cakap, "Ajaibnya seorang mukmin, seluruh perkara baginya adalah kebaikan, dan Ia tak mungkin didapati pada selain dari orang mukmin. Sekiranya dia diberi nikmat dia bersyukur, maka syukur itu baik bagi dirinya... Seandainya dia ditimpa malapetaka, dia bersabar, maka kesabarannya itu adalah baik bagi dirinya...
Kita tak ditanya tentang apa hasil yang kita dapatkan dari suatu pekerjaan, akan tetapi kita akan ditanya apa yang telah dan akan kita buat mengenainya... Setiap yang berlaku adalah ketentuan dan dibawah kuasa Yang Maha Perkasa... sedangkan api pun tak punya kuasa haba yang membakar sesuatu (Kisah Nabi Ibrahim), kuasa itu keseluruhannya milik Dia...
Maka aku bersyukur ya Allah diatas kurniaanmu berupa ujian dan cubaan ini...
Dan aku yakini bahawa semua yang datang darimu adalah kebaikan secara total...
0 Komentar:
Post a Comment