Monday, August 11, 2008

Bantuan Allah datang dalam keadaan yang tak terduga...

Mcam mane ni? kelas pukul 9, sekarang ni dah dekat pukul 8, baru sampai sini, untuk ke Universiti ada lebih kurang 2jam lagi perjalanan. Dah la pakai motor ikhwah lain, kalau motor sendiri boleh la jugak nak lenjan, kalau lenjan motor orang nanti menzalimi orang lain pulak, bertambah lagi satu dosa, dosa lambat bertolak dan dosa menzalimi harta orang lain....nangih

Ya Allah, ampunilah kezaliman diriku ini... kalau masa bertolak tadi diawalkan sedikit kepada sebelum subuhkan insyaAllah sempat sampai... doa

Semalam letih sangat, selepas buat follow up tu dah rasa macam tak de tenaga dah penat. Barulah berpeluang jumpa isteri dan anak tercinta. senyum Dalam keadaan letih itu, berusaha memberikan mereka masa yang berkualiti. Ye lah, jumpa pun seminggu sekali, tu pun dalam sela-sela kesibukan study dan berdakwah...

Sepatutnya malam tu lagi dah bertolak pulang ke Universiti. Beratnya hati nak pulang... Dengan isteri tercinta di sisi, senyumkenyit wajahnya yang sangat menyejukkan mata, suaranya yang melegakan segala jerih payah, berbincang soal dakwah dan perjuangan dengannya menjadi suatu makanan jiwa yang sangat lazat... Ditambah dengan kepetahan si kecil, comel luar biasamenari, keletahnya yang menggeletek suasana, gelakguling dan kegembiraan yang dia tunjukkan tatkala bersama dengan abinya... Tak sanggup rasanya jiwa ini untuk mengecewakan hasrat sang anak untuk belajar, bermesra dan bersama dengan abinya...peluk

Semua itu bercampur baur, menyebabkan akhirnya aku tunduk pada keberatan hati itu tadi, menangguhnya perjalanan ke pagi esoknya...

Tapi kelas macam mana??? kepala masih lagi pusing memikirkan kelas yang hampir bermula...

Ya Allah... dalam keadaan ku ini, kuserahkan segalanya padamu... aku hanya seorang hamba yang hina dan penuh noda... doa

Sampai di bilik... bukak e-learning, " Lecture Class on this Monday is CANCELLED !!!!"

2 Komentar:

ummu_abdullah August 12, 2008 at 11:17 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous,  November 14, 2009 at 3:30 PM  

assalamualaikum...bes gak blog ni...blh mntapkn ilmu n mnyedARKN golongn y dahaga ilmu mcm ana ni....kalu blh ana nak mnta tlgvckit...pe mksd keaiban dr sg istillah n lughoh???jk anda dpt m'bn2,blh le email kt layyinulbanat@yahoo.com

Post a Comment