Karakter Dakwah kita :
1.Rabbaniyah :
Segalanya dari Allah, untuk Allah, dan kembali kepada Allah SWT
2.Wasatiyah :
Seimbang, tidak berlebih-lebihan dan tidak terlalu sedikit. Memberikan hak pada setiap yang berhak, menunaikan keperluan setiap yang memerlukan sesuai dengan kadarnya...
3.Ijabiyah :
Positif dalam memandang manusia dan kehidupan. Tidak suka berburuk sangka, tidak melabel-label manusia dengan gelaran-gelaran hina, tidak pernah berputus asa dari Rahmat Allah SWT.
4.Waqi’iyyah :
Realistik dalam mempelakukan individu dan masyarakat. Mengambil kira keadaan setempat dan bertindak sesuai dengannya.
5.Akhlakiyah:
Sarat dengan nilai kebenaran, baik dalam sarana mahupun tujuan
6.Syumuliyah :
Utuh dan menyeluruh dalam manhajnya
7.Alamiyah :
Untuk seluruh dunia
8.Syuriah :
Berpijak atas perinsip musyawarah dalam menentukan segala sesuatunya.
9.Jihadiyah :
Memerangi siapa sahaja yang berani menghalang-halang Islam dan tersebarnya dakwah. Tidak gentar dan tidak menyerah kalah.
10.Salafiyah :
Menjaga keaslian dalam pemahaman dan dalam aqidah. Kembali kepada asalnya islam itu adalah apa yang Rasul dan Sahabat baginda laksanakan.
Rujukan utama adalah sumber-sumber yang sahih, menjaga sisi keilmuan, dan tidak menafikan kepentingan menjaga sumber ilmu pengetahuan. Kita adalah orang yang mengikut Rasul dan sahabat bukan orang yang mereka-reka jalan ini...
Ikhwah fillah, inilah karakter dakwah kita. Kita harus menekenkan perinsip-perinsip ini dalam seluruh kehidupan dakwah, menghidupkannya dan memancarkan sinar manfaat darinya kepada seluruh manusia.
Inilah yang membezakan kita dari semua yang lain. Kita mengamalkan 10 perinsip ini dalam menjaga dan menegakkan islam di muka bumi ini. Inilah kita, dan barangsiapa meninggalkan mana-mana dari perinsip ini, dia bukanlah sebahagian dari kita...
0 Komentar:
Post a Comment