Mengutamakan yang utama
"Yang lebih penting lebih penting dari yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting."
Begitulah kata-kata seorang motivator waktu ana sekolah dulu. Sampai sekarang masih ingat lagi sebab susunan ayatnya yang sedikit mengelirukan.
Intipatinya sangat luas. Penggunaannya seandainya difahami dengan jelas menjadikan kita lebih terarah dalam kehidupan.
Berhentilah sejenak dari rutinitas kehidupan...
Berhentilah sejenak dari berbuat...
Berhentilah sejenak, dan berikan sedikit masamu untuk dihabiskan dengan berfikir...
Benarkah apa yang kita lakukan ini adalah yang terbaik buat kita?
Benarkah kita telah melakukan segala kerja dengan cara yang paling baik? menggunakan sumber yang paling kurang dan menghasilkan hasil yang paling maksimum? Itukan definasi "efficiency" dalam apa benda sekalipun. Apakah anda berada dalam keadaan yang paling efficient?
Semuanya bermula kembali dari apa tujuanmu... kearah mana kita sedang menuju...
Kemudian baru timbul persoalan bagaimana cara untuk mencapai tujuan tadi...
Disusuli dengan apakah alternatif yang ada...
Kemudiannya senaraikan sebanyak mungkin cara untuk sampai ke destinasi tadi...
Jalan mana yang paling singkat untuk dilalui? Jalan mana yang memerlukan pengorbanan yang paling sedikit?
Kita boleh bekerja dan sentiasa melakukan perkara yang berfaedah, namun, dalam melaksanakan benda yang berfaedahpun kita sebenarnya sedang melakukan pembaziran tenaga, andai kita tidak menysun langkah kita dengan saksama...
Sebab itu ana katakan, apabila dakwah kita bermasaalah, cuba berhenti dari idea untuk memperbanyakkan lagi usaha mengajak orang lain dulu, cuba renungi apakah cara dan ajakan kita itu efficient atau tidak? andai itulah yang terbaik barulah kembali kepada memperbanyak usaha menarik.
Kerana secara nalurinya manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Andai apa yang kita ajak kepada dia adalah kebaikan, dan dia benar-benar memahaminya sebagai kebaikan, dia pasti tertarik. Walaupun belum tentu dia mampu mengikutinya...
Bukankah itu perihal keadaan dakwah rasullullah SAW dan para sahabat di makkah dahulu? Hampir tiada orang yang tidak tertarik dengan bacaan al-qur'an, walaupun sedikit sahaja yang mampu mengikutinya...
Mungkin kita punya penyampaian terlalu kosong. Bukankah tingkatan Ilmu itu lebih tinggi berbanding amal?.
Begitu juga dengan study, kadangkala ketika mudarat yang datang dari tidak study itu lebih besar dari manfaat yang didapati dari berdakwah, maka tinggalkan sebentar dakwah. Andai kemarahan ibu bapa itu membawa mudarat yang lebih besar dari pergi program tinggalkan pegi program.
Ini kembali kepada usul fiqh. Sebab itu ilmu fiqh ini dikatakan adalah asas kepada seorang itu memahami islam. kerna islam yang sebenarnya bukanlah suatu yang rigid, langsung tidak boleh berubah mengikut suasana, malah islam itu adalah agama yang paling sesuai untuk semua keadaan dan semua tempat. Islam adalah cara memaksimukan potensi seluruh perkara yang ada di dunia, seluruh kerja, dan segalanya...
Kita harus menimbang kemaslahatan dan mudarat dengan baik. Ambil mudarat yang kecil berbanding mudarat yang lebih besar kalau kita tiada pilihan yang lain setelah berusaha. Ambil yang paling besar manfaatnya dari pada dua perkara yang bermanfaat kalau kita memang sudah tidak mampu untuk mengambil kedua-duanya...
0 Komentar:
Post a Comment