Sunday, September 14, 2008

Permulaan dan saat ketika semakin lama berjalan...

Hampir2 menitiskan air mata membaca luahan hati ini...

Ukhti...

Permulaan

Perjalanan itu bermula dari keadaan kita yang segar diawalnya...
Penuh semangat dan penuh tenaga...
Segala pengorbanan kelihatan senang...
Kerna dilakukan oleh jiwa yang segar dan masih punya kekuatan...
Segar dan masih belum pernah punya bekas luka lebam perjalanan…

Kerna erti tarbiyah itu baru dikenal...
Ia adalah jawapan yang sangat tinggi dan mulia...
Ia adalah jalan yang penuh pengorbanan dan derita...
Dan kita, berjalan dengan iman yang semakin lama semakin kukuh dijiwa...

Setiap program baru memberi erti...
Jawapan demi jawapan yang memecaahkan tanda tanya...
Bagaimana menjalani hidup ini seperti yang dikehendaki Ilahi...

Setiap pengorbanan dilihat sebagai suatu yang indah...
Setiap kelelahan adalah nikmat...
Setiap perjalanan adalah jus mangga sejuk yang dititiskan ke lidah orang yang dahaga...

Di tengah perjalanan nanti


Namun, tatkala pengisian iman menjadi suatu kebiasaan...
Hati pun mulai bosan...
Bosan dengan kelelahan...
Bosan dengan ujian...

Perjalanan yang dilalui pula tak seolah tak berpenghujung...
Keringat mulai membasahi tubuh...
Luka dan lebam semakin bertambah...
Perjalanan yang mendaki lagi sukar itupun membuktikan kesusahannya kepada para pendaki...

Menyebabkan sebahagian dari mereka mulai mudah digoda syaitan untuk memikirkan kebarangkalian untuk turun semula...

Perjalanan sebenar itu akan mulai bermula tatkala para pendaki mulai keletihan,

Penyelesaian

Seimbangkan

Ketika itu kita akan melihat kembali hadith-hadith yang menerangkan perlunya berjalan secara seimbang...

Bukan cuma melulu...
Berjalan dan berehat pada sela masa yang sesuai...
Berehat yang bukan bermakna lalai, namun mengumpul kembali tenaga untuk meneruskan perjalanan...

Kita bukan pelari pecut, yang menghabiskan seluruh tenaga untuk memecut dan kemudiannya keletihan, terbaring tak bermaya...
Kita adalah pelari jarak jauh yang berlari, berlari tetapi menyimpan energi...
Kita adalah orang yang disuruh beristiqamah dalam berbuat bukan memecut kemudian berhenti...

Ikhlas

Kita akan terus diuji-dan terus diuji sehingga kita tak lagi berbuat kerana ukhuwwah a.k.a. kerana manusia,

Namun seluruhnya kerana Allah SWT shj...
Kita akan diuji untuk terus berbuat dalam keadaan senang mahupun susah...
Andai gagal, kita akan terus menerus diuji pada titik yang sama....

Berbuat atas dasar kefahaman

Mungkin kerana kemanisan tarbiyah itu dah menjadi suatu kebiasaan hingga ia tak lagi menjadi suatu yang istimewa... kerana sudah terbiasa...

Sebab itu kita disuruh berbuat bukan atas dasar semangat, kerana semangat itu lahir dari perasaan, dan perasaan adalah sesuatu yang tidak munasabah... Kita berbuat atas dasar kefahaman, kita berbuat atas dasar aqidah, kita berbuat kerana Allah...

Pedulikan perasaan... pedulikan suasana... pedulikan segala yang berupa selain Allah SWT..

Kita berbuat cuma, semata-mata kerana Allah yang Esa...

Kelemahan yang semakin ternampak

Semakin banyak bergerak, semakin banyak pergeseran...
Semakin terbuka pekung di dada manusia...
Dan yang namanya manusia takkan pernah ada yang memiliki sifat sempurna...
Tidak ada yang dapat sentiasa bersifat adil saksama...
Semakin lama kita bergaul, semakin menompoklah kesalahan akhwat lain pada diri kita...
Semakin banyak kelemahan mereka yang ternampak oleh kita...

Seolah jalan dakwah ini sedang dipikul oleh orang yang penuh dosa-dosa dan kelemahan-kelemahan...

Bahkan ternampak seolah kelemahan itu lebih memenuhi segenap pelosok jemaah dakwah itu sendirinya... Kerana itulah hakikat penciptaan manusia, lebih banyak jahil dan bodoh berbanding ilmu dan kecerdikan yang sebenarnya...

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh” (33:72)

Jiwa itu ibarat kolam, pada mulanya kelihatan jernih, namun apabila dikocak-kocakkan airnya, barulah ternampak daki dan lumut yang sebenarnya memenuhi kolah hati tadi...

Awalnya peribadi seseorang akhwat itu ternampak sangat mulia, namun dengan banyak bergaul, kita akan semakin banyak melihat kelemahan dan kesilapan mereka...

Awalnya dakwah itu dipenuhi dengan gambaran kemuliaan kerana kolam tadi belum lagi dikocakkan dengan sesungguh-sungguhnya...

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu cubaan sebagaimana datang kepada orang2 sebelum kamu? Mereka ditimpakan keburukan-keburukan, kesakitan demi kesakitan, dan mereka digoncangkan dengan goncangan yang sedahsyat-dahsyatnya... (2:216)

Erti Ukhuwwah yang sebenarnya

Ukhuwwah itu bukanlah merasakan semua orang lain memperlakukan kita dengan sangat baik lalu kita berbahagia dengan perasaan seolah-olah sudah berukhuwwah...

Ukhuwwah adalah bercinta kerana Allah, bertemu atau berpisah kerana-Nya... Semakin tinggi cintamu kepada Allah maka semakin tinggilah Cinta kita... Namun seandainya engkau sudah tidak lagi mencintai-Nya, tiada lagi kata cinta antara kita...

"Tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (ada dlm hadith 40 Nawawi)

Dan makna saudara di sini adalah,

"Setiap mukmin itu bersaudara..." (49:10)

Ukhuwwah itu adalah kita menjaga hak-hak mereka, walaupun mereka menyakiti perasaan kita... kerna mereka mencintai Allah...

Berlapang dada dengan setiap kesilapan dan kelemahan mereka... kerna mereka adalah pencinta Allah dan telah berkorban banyak untuk Allah SWT... apa salahnya kita berkorban perasaan kita untuk orang yang berkorban untuk Allah SWT? Kerana mereka termasuk dalam orang yang dicintai oleh Kekasih kita... Allah SWT...

Bersatu dalam satu perjalanan menuju Allah SWT...
Menutupi kelemahan mereka dengan kekuatan yang kita ada...
Kerana kita semua manusia yang punya kelemahan dan kekuatan...

Setiap orang berbeza

Tidak ada seorang pun yang sama di muka bumi ini, mengapa perlu membandingkan diri kita dengan orang lain??? Allah SWT pun men jadikan kita berbeza-beza, tidak menyama ratakan semua orang...

Mengapa mengharap semua orang menjadi sama?
Mengapa menghukum orang yang berbuat kesalahan yang tidak kamu lakukan sebagai seorang yang lebih hina dari dirimu?
Apakah mereka diciptakan dalam keadaan yang sama dengan dirimu lantas engkau merasa layak untuk diperbandingkan dgn dirimu?

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”(49:13)

Mana ada manusia yang berani-berani mengaku mampu mengukur ketakwaan seseorang?

Setiap orang berbeza. Dari latar belakang yang berbeza. Diuji dengan perkara yang berbeza. Menempuhi perjalanan hidup yang berbeza. Punyai keperibadian yang berbeza. Punyai kelemahan dan kekuatan yang berbeza. Punyai wajah yang berbeza. Punyai tahap akal yang berbeza. Punyai bentuk fizikal dan kekuatan fizikal yang berbeza.

Mengapa perlu kita meletakkan mereka pada satu kayu ukur lalu dengan sesuka hati mengukur-ukur mereka menggunakan kayu ukur yang sama, lalu dengan sesuka hati memberi gelar, orang ini teruk dan orang ini mulia???

Hanya ketakwaan yang membezakan tahap antara seseorang dengan yang lainnya. Ketakwaan itu letaknya dihati, dan hati itu hanya diketahui oleh Allah SWT. Kita hanya disuruh memperlakukan seseorang dengan apa yang kita nampak secara zahir.

Sebab itu, orang yang paling cuba bersikap adil sekalipun, tak mungkin akan pernah dapat sentiasa berlaku adil. Kerana kita manusia.

Berprasangka

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (49:12)

Orang yang pernah mendengarkan keburukan seseorang akan lebih mudah meletakkan prasangka-prasangka yang buruk terhadap orang itu...

Sebab itu semuanya kembali kepada nasihat yang pertama, jangan pernah memburuk-burukkan orang lain...
Kemudian yang kedua buang semua prasangka yang buruk...
Buang sejauh-jauhnya... Sejauh yang mungkin...

Kalau dengan akhwat pun tak mampu kita berbaik sangka, dengan siapa lagi yang tinggal untuk kita berbaik sangka?

Akhwat tak datang program, dia dah futur... Akhwat tak datang syura, dia teruk... Akhwat down mutabaah, dia dah tak berminat... Mereka cuma manusia... Semua conclusion yang kita nyatakan itu adalah DZON a.k.a. Persangkaan Buruk...

Mereka berbuat kesalahan, kalau perlu mengatakannya untuk tujuan yang syar'ie, maka katakan apa yang mereka lakukan, berhenti sebelum masuk kepada perkataan, "Ana rasa kan, dia ... , sebab nampak macam ..., lagipun kan dia pernah ..."

Pernah seorang yang dihukum rejam kerana berzina, lalu para sahabat menghina dia. Rasulullah SAW bersabda,”Jangan kamu menghina dia kerana, apa yang aku tahu dari dia, dia adalah orang yang sangat mencintai Allah dan Rasulnya.” Rasul malah memuji dia, dan melarang orang mengkeji perbuatannya. Mengapa kita tak contohi Rasul?

Belum tentu kalau kita berada diposisi dia, dengan latar belakang kehidupannya dan segala takdir-takdir yang berlaku padanya kita akan selamat dari ujian itu. Malah mungkin kita menjadi lebih teruk dari dia.

Tutup Keaiban

Kerana itu,

Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok)

dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok)

dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman

dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (49:11)

Jangan pernah sebarkan keaiban saudaramu...
tutup setutup-tutupnya...
kerana manusia itu tentu dan pasti keaibannya sangat banyak...
Tatkala keaiban mulai tersebar merata-rata...
Sudah tak akan mungkin akan ada lagi nikmat ukhuwwah yang akan dirasakan oleh sesiapapun...

Kerana sekali lagi, manusia itu pastinya penuh dengan dosa, bahkan;
Dari Abu Hurairah ra. Nabi SAW pernah bersabda : “Demi tuhan yang diriku berada di dalam genggamannya, seandainya kamu tidak berdosa, Nescaya Allah akan mematikan kamu, kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa, kemudian mereka meminta keampunan dari Allah, lantas Allah mengamppuni mereka.” (HR Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda yg lebih kurang isinya bermaksud, siapa pun yang mati dalam bersyahadah, akan masuk syurga. Abu Dzar bertanya, meskipun dia berzina dan minum arak? Nabi ulang ayat yang sama. Setelah 3 kali Abu dzar ulang soalan tu dan nabi ulang jawapannya, Nabi jawab “Meskipun Abu Dzar redho atau tidak kepada orang itu”. Afwan x brape ingta matan hadis nye. Ana baca dalam buku himpunan Fatwa Qardhowi. Hadis riwayat Muslim.

Rindunye pada suasana dahulu...

Kerinduan pada kenikmatan dan indahnya suasana awal-awal tarbiyah,
ketika berada dalam bilangan yang sedikit,
bekerja dengan ikhlas, bersatu padu, bekerja sama,
semua itu wajar-wajar sahaja untuk dirasakan...
Ia umpama kenikmatan yang tiada tolok bandingnya lagi di muka bumi ini...

Ketika diri dipenuhi dengan keikhlasan, ketika diri dipenuhi dengan semangat bekorban, ketika diri berbuat tampa mengharap balasan...

“Li kulli marhatin rijaaluha, w likulli marhatin masyakiluha..” Begitu kata ustaz Rahmat Abdullah dalm filem sang murobbi. Terngiang-ngiang lagi kalimah itu ditelinga kita.

Bagi setiap tingkatan dalam perjalanan dakwah itu rijal-rijalnya, dan bagi setiap tingkatan-tingkatan itu ada masalah-masalahnya...

Kalau kita mengambil sedikit masa,
Lalu tanyakanlah kepada mad’u yang baru mulai ikut dalam jemaah kita,
kita akan dengan mudah mendapati jawapan keindahan-keindahan yang mereka rasakan...
Tanyakanlah kepada sesiapa sahaja, mereka akan tetap menjawab dengan jawapan yang sama...

Mana mungkin mereka mulai dakwah ini, tanpa merasakan kekaguman, keasyikkan dalam berbuat dan berkorban, ketika mereka baru mulai menapak, tenaga masih lagi penuh, keikhlasan masih belum teruji, lubuk dan kotoran dalam kolam hati belum lagi terkocak...

Ana cuma merisaukan mereka yang tinggal nanti cuma merupakan mereka yang baru ikut shj, lantaran merasakan ada masalah kerana mereka tak lagi merasakan kemanisan yang dahulu pernah dirasakan...

1 Komentar:

queenestedahms March 5, 2022 at 2:25 AM  

Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
This 서귀포 출장마사지 casino is located in the Marina District at 1575 W. Marina Street. Borgata Hotel 여수 출장마사지 Casino & Spa is located 경상남도 출장마사지 in the 경상남도 출장샵 Marina 보령 출장안마 District at 1575 W.

Post a Comment