Surat kepada seorang ikhwah...
wa'alaikumussalam warah matullahi wabarakaatuh...
Akh, bertapa jiwa ini amat merinduimu...
Akh, ketahuilah bahawa diri ini amat menyintaimu kerana dikau menyintai kekasih hati ku... Allah S.W.T...
Moga dirimu selalu di dalam rahmat dan kasih-Nya juga kerna cinta kepada yang Esa tidak membuahkan kecemburuan terhadap pencinta-Nya yang lain, bahkan membuahkan rasa cinta terhadap mereka yang turut sama menyintai-Nya.
Mudah2an diri ini menyintai-Mu kerana cinta-Nya engkau kepada Pencipta... (8:63)
Akh, sulit sekali untuk diriku ini menyatakan bahawa entah mengapa situasi dakwah di Malaysia ini penuh dengan onak dan duri yang meranjaui jalan sang pencinta kebenaran, sehingga kabur bagi kita akan apakah jalan terbaik dan cara terbaik melaksanakan dakwah kita sehingga cita2 tertinggi kita semua tercapai, hidup mulia atau syahid di jalan-Nya...
Akh, sehingga kini masih lagi aku berpegang pada kalimah bahawa aku akan terus tetap melaksanakan apa yang diriku yakini terbaik, dan aku akan menjauhi segala sifat mengikuti barang sesiapa pun kecuali Allah dan Rasul-Nya... kerna akh, tiada yang lebih mulia berbanding menjawab di hadapan yang Esa dengan tenang bahawa "ya allah aku telah bertakwa kepadamu semampu aku, aku telah beribadah kepadamu semampu aku, dan aku telah mengikuti sunnah rasulmu semampu aku..." dan dijawab oleh yang Esa "engkau benar..."... maka syurgalah yang menanti dan sang bidadaripun menyambutmu dengan girang hati...
Akh, bertakwalah kamu kepada allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah antum mati kecuali di dalam keimanan... janganlah antum mengikuti kata nafsumu mahupun nafsu orang lain...
Akh, janganlah seseorang dari kita memandang buruk sahabatnya kerna perbezaan pendapat dalam kaedah dan cara2 berdakwah, kerna barangsiapa yang berijtihad lalu salah, baginya satu pahala, dan andaikata dirinya benar, baginya dua...
Akh, inisiatifmu dan kecintaanmu terhadap kebenaran merupakan suatu yang kucemburui, langkahmu yang sentiasa memikirkan kebaikan buat semua, agak lambat bagiku mencontohi... barakallahulak ya akhi...
Sedang aku, kini masih lagi cuma mencari, ruang lingkup yang mampu kucapai dengan tanganku, sedang aku dalam ketakutan dan dalam bersembunyi dari fitnah yang akan datang tatkala terbukanya rahsia diriku ini...
Akh, ana insan lemah, sedang para sahabat sanggup berhadapan dengan keluarganya yang kafir, akan tetapi ana risau menghadapi ibubapa seorang da'ie... cuma pertimbangan awlawiyat yang sedang menghalangi diriku, apakah lebih baik bagiku untuk berterus terang dan berhadapan dengan tuduhan kesesatan, dan halangan dari melakukan kebaikan atau berdiam diri dan meneruskan lakonan seorang insan yang telah putus harapan dari jalan dakwah ini…
Maafkan ana ya akh, kerana sampai kini ana masih lagi percaya bahawa marhalah dakwah yang sebenarnya perlu kita lakukan kini adalah mencipta jundi yang sanggup berkorban harta dan jiwa demi menegakkan jalan ini, dan kami masih lagi berpegang pada perinsip ini sehingga timbul tuduhan2 songsang dari pihak2 yang sangsi dengan perjuangan kami…
Akh, dakwah itu memang milik semua manusia, akan tetapi kita perlu bijak menilai marhalah dakwah dan kesesuaian medannya. Akh, pada masa sekarang ini, kami berpendapat, kurang manfaatnya mempunyai ramai pengikut yang hanya ingin menumpang, tidak ingin menggerakkan dan bergerak bersama2 dengan dakwah ini. Kerna dakwah kini masih lagi di dalam peringkat membina asas tapaknya, sedang kecelaruan, pengkhianatan dan kezaliman telah pun berleluasa even di kalangan mereka yang mengaku berdakwah sekalipun…
Insya'allah, tika saatnya tiba nanti kita akan melihat manusia berbondong2 masuk ke dalam agama ini… insya'allah. Sedang kini kita masih memerlukan rijal yang kekuatannya melebihi 10 orang. (8:65)
Untuk mengubah suasana ini kita memerlukan rijal yang bukan sedikit, lantas itulah titik permulaan langkah kami dan masih lagi merupakan perinsip dakwah kami sekurang-kurangnya buat masa kini… dan akh, kami menghormati gerak langkah dan cara kerja antum, bahkan kami turut mencintai antum kerana Allah S.W.T. antum adalah orang yang berjuang demi agama ini…
Akh, berapa ramai orang yang berdakwah sebagai acara sambilan dan berdakwah bila ada masa lapang… dan berapa ramai yang mendakwa dah berdakwah dengan mengkut manhaj nabi, akan tetapi cuma banyak membuat program yang gah2… dan akh, satu lagi adalah gerak dakwah yang tidak tegas, pengarahan yang tidak terkawal dan teratur, pengisian yang cuma dapat didengari sedangkan tidak pernah dilihat, cita2 yang cuma sekadar penutup cerita tanpa isi kandungan dan klimaksnya…
Akh dalam perjalanan pasti ada halangan, andai kita takut, maka selamanya kita akan ketinggalan, akan tetapi seandainya kita cuba, kadang kala ianya cuma sekadar khayalan dan fatamorgana…
Insya'allah, andai waktu itu ana lapang (tidak mempunyai tugasan dakwah yang lebih penting) ana akan menghadirkan diri… atau andai ramai yang tidak bisa menghadiri apa salahnya kalau cuma kita berdua… terutama yang akhwat kerna ana seorang yang tidak berapa kuat menghadapi mereka…
0 Komentar:
Post a Comment